Wednesday, May 20, 2009

UDANG GALAH SG.KERIAN

Penulis dgn udang galah yang dipancing.


Musim memancing udang galah kembali lagi di sungai kerian,saban hari penduduk kampung parit teropong turun ke sungai kerian untuk mencari rezeki dengan memancing udang galah,udang sungai air tawar ini adalah diantara udang yang paling sedap dan harganya mencecah RM40.00 sekilogram (borong).
Kepada kaki pancing kiranya anda berminat utk memancing perkhimatan disediakan ialah,

Bot berenjin & tekong,
Alatan memancing,
Masa memancing 9 pagi-6 ptg.
Udang yang dipancing oleh tekong diberi kpd anda.
Bayaran dikenakan sekitar RM 50.00 hingga RM 80.00.

Berminat sila hubungi;
EN.ROSLEE ISMAIL 019 4023269
EN.MD ALI ( LECHELIA ) 012 4422873
EN.ISHAK (JKR) 012 4661386
EN.RAMLI (CHELI) 019 5611362

Sunday, May 17, 2009

NASIB KAU LAH BABI.

Perkataan BABI cukup sinonim sekarang ini,bermula dengan viraus nipah,kerajaan selangor nak buka ladang BABI disepang,kerajaan kedah dgn ladang BABI di Bukit Selambau dan sekarang viraus HINI(selsema babi) pula melanda semua ini diketahui oleh semua lapisan rakyat Melaysia.
Jabatan Pertanian,Jabatan Perhilitan,RelaDaerah Bandar Baharu hari ini megambil tindakan memburu babi hutan dipersekitaran kampong Pt Teropong atas maklumat penduduk kampung,hampir 10 orang terlibat dalam operasi tersebut beserta anjing pemburu namun pemburuan hari ini tidak berhasil.Kedatangan Babi dikampung ini meyebabkan banyak tanaman rosak terutamanya tanaman padi,menurut seorang penduduk Che Hashim bin Ahmad haiwan itu sering datang kehalaman rumah beliau terutama selepas hujan dan senja.
Saya bagi pihak penduduk megucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Daerah B.B,Jabatan Perhilitan Daerah B.B dan Rela Daerah B.Baharu yang begitu megambil berat diatas setiap aduan.

Friday, May 15, 2009

Guru ibarat lilin.Selamat hari guru.

Selamat hari guru untuk semua warga guru seluruh negara,khas untuk guru2 disekolah Menengah Sultan Ahmad Tajuddin,SK Sungai Kecil Ulu dan SK Bandar Baharu,Bandar Baharu,Kedah.Jasa dan pengorbanan mu guru akan di ingat hingga akhir hayat.Semoga Allah memberi keberkatan diatas segala usaha mu guru.

Monday, May 11, 2009

Salam perkenalan

Assalammuailaikum warahmatullah hiwabarakatu.
Bismillahhirahmanirahim.

Shukur dan salam untuk semua saudara2 bloger dan pembaca2,sesunguhnya saya amat kerdil disisi saudara2 dan untuk salam mukadimah ini saya ingin memohon bantuan dan tunjukajar drp saudara2 dlm menulis blog yang betul.
Tiada kelulusan yang tinggi,merupakan petani sepenuh masa dialaf ke21 ini mempunyai masa terluang yang agak banyak terutama pada waktu malam,mendapat tunjukajar sedikit daripada anak2 dan peluang ini saya akan gunakan untuk menzahirkan hasrat dan kehendak rakan2 seperjuangan saya untuk dipamirkan kepada mata umum.
Saya tidak pandai berpolitik dan apa yang ingin saya ketengahkan dalam blog ini adalan apa yg berlaku dipersekitaran desa saya (Kampung Parit Teropong Bandar Baharu Kedah) yg rata2 penduduknya 100% melayu 98% petani.
Walaupun keluasan tanah sawah kg.ini hanya lebihkurang 40% daripada 700 hektar(+-) keluasan sawah padi Daerah Bandar Baharu namum kami petani2 berangapan bahawa kami juga adalah peyumbang kapada pengeluaran beras Negara.
Kecantikan dan keistimewaan kampung ini akan saya ketengahkan darimasa kesemasa dan banyak lagi yang boleh dikongsi bersama dengan bloger dan pembaca.
Hanya disini dulu saya mohon berhenti.