Assalammuailaikum warahmatullah hiwabarakatu.
Bismillahhirahmanirahim.
Shukur dan salam untuk semua saudara2 bloger dan pembaca2,sesunguhnya saya amat kerdil disisi saudara2 dan untuk salam mukadimah ini saya ingin memohon bantuan dan tunjukajar drp saudara2 dlm menulis blog yang betul.
Tiada kelulusan yang tinggi,merupakan petani sepenuh masa dialaf ke21 ini mempunyai masa terluang yang agak banyak terutama pada waktu malam,mendapat tunjukajar sedikit daripada anak2 dan peluang ini saya akan gunakan untuk menzahirkan hasrat dan kehendak rakan2 seperjuangan saya untuk dipamirkan kepada mata umum.
Saya tidak pandai berpolitik dan apa yang ingin saya ketengahkan dalam blog ini adalan apa yg berlaku dipersekitaran desa saya (Kampung Parit Teropong Bandar Baharu Kedah) yg rata2 penduduknya 100% melayu 98% petani.
Walaupun keluasan tanah sawah kg.ini hanya lebihkurang 40% daripada 700 hektar(+-) keluasan sawah padi Daerah Bandar Baharu namum kami petani2 berangapan bahawa kami juga adalah peyumbang kapada pengeluaran beras Negara.
Kecantikan dan keistimewaan kampung ini akan saya ketengahkan darimasa kesemasa dan banyak lagi yang boleh dikongsi bersama dengan bloger dan pembaca.
Hanya disini dulu saya mohon berhenti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment