Monday, February 24, 2014

Asalam.
ingin saya maklumkan sekitar tahun 70an udang galah memang banyak di sungai kerian,hinggakan apabila terasa nak makan kari udang galah berani suruh isteri siapkan rempah dan kita pergi memancing pasti ada hasilnya tapi sebaliknya ketika ini satu hari suntuk duduk memancing belum tentu ada hasilnya,begitu juga dengan ikan2 air tawar (ikan darat) susah nak dapat spt keli,haruan, sepat,puyu dan lain2 ini adalah berpunca daripada sikap manusia.

Tuesday, February 19, 2013

Salam utk semua.
BR1M untuk org bujang bermula esok bagi DUN Bandar Baharu,seramai hampir 3000 org dijangka menerima RM 250.00.Peyerahan akan dilakukan oleh Peyelaras Parlimen Kulim / Bandar Baharu Dato Abd Aziz bin Hj.Shaikh Fadzir pada jam 9.00pg.

Wednesday, April 14, 2010

Tolong pandang kami sama.




13 April 2010.
Bandar Baharu,Kedah.

Beginilah keadaan sawah padi di Kampong Parit Teropong Bandar Baharu Kedah.kering kontang tiada bekalan air daripada JPS.Umur padi telah menjankau 30 hari dan waktu ini pokok padi amat memerlukan air dan sekiranya keadaan ini belarutan hasil padi akan berkurangan musim ini,besar kemunkinan tiada hasil.
Cuaca yang panas dengan tiada hujan dikawasan ini meyebabkan tanah menjadi cepat kering dan merekah,dalam keadaan begini sepatutnya JPS Kulim/Bandar Baharu megambil tindakan segera dengan meyediakan pam2 air tambahan bagi membantu meyalurkan air kedalam sawah namun beberapa kali aduan dibuat pihak JPS masih meyepi.
Apa nak jadi! apakan kami petani2 dikampong ini akan dibiarkan begitu saja,dimanakan slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

Friday, November 20, 2009

Banjir pasti surut

Banjir yang melanda Daerah Bandar Baharu Kedah sejak 14 Nov lalu sudah beransur pulih,daripada 48 buah keluarga yang dipindahkan kebanyakkan mereka telah pulang kerumah masing2 namun begitu pusat pemindahan banjir di Sek Keb Sg.Kecil Ulu masih lagi dibuka.
Seperti biasa setiap kali musim banjir di Daerah ini sumbangan datang mencurah-curah tak kiralah daripada Kerajaan,NGO.Pati2 Politik dan orang perseorangan.Agensi2 kerajaan telah melaksanakan tugas mereka dengan baik tak kira siang dan malam walaupun dalam hujan begitu juga dengan mangsa banjir mereka bergotong-royong meyediakan makanan,namun begitu terdengar juga suara2 sumbang yang merungut ketidakpuasan mereka.
Dato Abd Aziz Hj Shaikh Fadzir Ketua UMNO Kulim/Bandar Baharu turut sama melawat mangsa banjir pada 15 Nov sekitar 3 pagi, KSU Jkm,Esco Kerajaan Negeri,ADUN Bandar Baharu juga turut melawat pada hari berikutnya.UMNO Bahagian telah meyumbankan selimut dan beberapa peralatan lain.

Sunday, August 23, 2009

Jangan pandai kata orang.

Saya amat terkejut bila membaca blog YB Zulkifli Nordin kulim/bandar baharu,soalan yang diutarakan kepada UMNO/BN.Mari kita lihat Kelantan yang lebih 18 th Pas perintah apa yang telah pas buat? berapa orang yang kena potong tangan bila mencuri,berapa orang yang kena rejam bila berzina,YB jaga parlimen dalam kedah yg pas perintah kenapa tak cadangkan kepada MB supaya jalankan hukum hudud? kalau dulu BN perintah tak boleh buat sekarang pas dah perintah tunggu apa lagi?YB tolong jangan pandai cakap saja kena buat kerja baru orang pecaya.Tengok kulim / bandar baharu dok macam dulu juga,orang mencuri lagi ramai buang anak pun ada kat kulim,YB dok kata kat orang.Ingat YB satu jari kita tunjuk kat orang empat lagi tunjuk balik kat kita.

Saturday, August 8, 2009

DULU BABI KINI ARAK ESOK...........?

Assalammualaikum.
Apabila membaca tulisan keritikan keatas kerajaan negeri selangor megenai isu arak saya amat kecewa dgn kenyataan MB Selangor iaitu penjualan arak dikawal oleh peniaga sendiri,terpikiq ka dia bahawa peniaga itu mencari duit.cuba kita lihat bilamana rokok diharamkan dan tidak dibenarkan dijual kepada orang 18th kebawah apa jadi sekarang? budak yg bawah umurla yg banyak hisap rokok sebab peniaga hanya pentingkan duit, asalkan duit siapa pun dia jual dan begitu juga dgn arak nanti,kenapa la MB tak boleh fikir langsung, nanti siapa nak minum arak boleh pi Selangor.
Dulu nak bela babi projek mega dalam Selangor la ni pulak nak jual arak, eloklah kilang arak pun dah ada kat Sg,Way tu.
Saya meyeru kepada umat Islam dalam Melaysia supaya bangkit sama2 kita menentang benda yang dilaknat olen Allah S.W.T. kita takut sekiranya Allah menurunkan bala bukan kata Khalid Iberahim n Anuar Iberahim saja yg kena kita semua juga turut sama,mohon dijauhi bala dariNya.

Wednesday, May 20, 2009

UDANG GALAH SG.KERIAN

Penulis dgn udang galah yang dipancing.


Musim memancing udang galah kembali lagi di sungai kerian,saban hari penduduk kampung parit teropong turun ke sungai kerian untuk mencari rezeki dengan memancing udang galah,udang sungai air tawar ini adalah diantara udang yang paling sedap dan harganya mencecah RM40.00 sekilogram (borong).
Kepada kaki pancing kiranya anda berminat utk memancing perkhimatan disediakan ialah,

Bot berenjin & tekong,
Alatan memancing,
Masa memancing 9 pagi-6 ptg.
Udang yang dipancing oleh tekong diberi kpd anda.
Bayaran dikenakan sekitar RM 50.00 hingga RM 80.00.

Berminat sila hubungi;
EN.ROSLEE ISMAIL 019 4023269
EN.MD ALI ( LECHELIA ) 012 4422873
EN.ISHAK (JKR) 012 4661386
EN.RAMLI (CHELI) 019 5611362